Kitab Penawar bagi Hati(Siri 1)

Posted: October 15, 2011 in Insights

KITAB PENAWAR BAGI HATI(SIRI 1)
PENCERAMAH : DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
TEMPAT : SURAU AR RAHMAN, PONDOK SG DURIAN.
TARIKH : 22/09/2010
Kitab ini ditulis oleh seorang ulamak terkenal dari Indonesia iaitu Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Mutallib bin Hassan Al Indonesi Al Mandili.
BIODATA
-Dilahirkan di Singai Sigalangan, Tanapuli Selatan iaitu sebuah wilayah di Sumatera Utara pada tahun 1910 Masihi.
-Gelaran Al- Indonisi diambil sempena tempat beliau dilahirkan iaitu di Indonesia manakala Al-Mandili pula merujuk kepada keturunan beliau iaitu keturunan mendailing.
-Beliau menggelarkan diri beliau ‘’KHUWAIDIN’’ iaitu khadam kecil kepada penuntut-penuntut ilmu yang mulia di Masjidil Haram di Makkah.
-Beliau berasal daripada keluarga petani dan mendapatkan pendidikan awal di sekolah Belanda.
-Pada tahun 1923,beliau menamatkan darjah 5.
-Selepas itu,beliau berhijrah ke Kedah bagi mencari ilmu agama.
-Beliau belajar di Darul Sa’adah al Islamiah,pondok Titi Gajah yang ketika itu baru diambil alih oleh Al Sheikh Wan Ibrahim Abdul Kadir yang dikenali sebagai Pak Cu Him.
-Pada tahun 1936,beliau bertolak ke Makkah.
-Berguru dengan Sheikh Kabir As Sayyid Bakri Syatar,Sheikh Abd Karim Daristani dan ramai lagi.
-Selepas belajar tidak lama,dia ditabalkan & diberi ijazah untuk mengajar di Masjidil Haram selama lebih 25 tahun.
-Anak murid beliau merupakan Tuan Guru Abdul Rahman(ayahanda kepada Dr.Abu Anas Madani) yang merupakan pengasas Pondok Sg.Durian di Kelantan.
-Beliau juga merupakan kawan baik kepada Sheikh Muhammad Daud Sulaiman Al Kelantani(Datuk kepada Dr.Abu Anas Madani).
-Hobi beliau menulis dan pemikiran beliau ke hadapan.
-Beliau berjaya hasilkan 24 karya dalam bahasa Melayu dan Arab termasuk 6 karya terjemahan(usuluddin,fekah,politik,pendidikan,perundangan dan akhlak).
-Risalah ajaran Qadiani(Ghulam Ahmad Qadiani) merupakan karya kontemporari beliau.
-Ramli Awang menulis biografi dan pendidikan Sheikh Abdul Qadir yang dikeluarkan UTM.
-Pada tahun 1962,beliau mengeluarkan buku bertajuk Siasah & Loteri yang menjelaskan hokum berkaitan judi kerana pada waktu itu kerajaan perikatan cuba menghalalkan loteri dengan menjadikan loteri sebagai loteri kebajikan selain menggunakannya untuk membina masjid.
-Islam,Agama & Kedaulatan(1959) merupakan buku yang ditulis bagi menjelaskan pemikiran politik & kenegaraan Islam.Buku ini diterbitkan oleh Pak Cu Him pada tahun 1962 selepas beberapa polimik dengan ulama Umno iaitu Abd Rahman Merbok dimana akhirnya buku ini disekat.
-Kebagusan Undang-undang Islam & Kecelaan undang-undang ciptaan manusia(1961) merupakan buku yang menyanggah hukum ciptaan manusia iaitu sekular.
-Selain itu beliau mengarang kitab Senjata Tok Haji & Tok Lebai,Pembantu bagi Sekalian Orang Islam dengan harus membaca Al-Quran & pahalanya sampai kepada si mati,Bekal orang-orang yang tunaikan haji,Simpulan iman atas sekalian mazhab salaf dan banyak lagi.
-Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir merupakan anak beliau yang boleh mengajar di Masjidil Haram dan mendapat tauliah dan beliau mengajar di antara rukun Yamani dan Hajarul Aswad.
-Beliau terlibat aktif dalam gerakan Islam.
-Beliau menolak pemikiran nasionalis dan sekular.
-Beliau mewajibkan orang menyokong perjuangan Islam,menegakkan negara Islam,wajibkan orang menyertai PAS.
-Beliau sendiri merupakan Ketua Pas cawangan Mekah.
-Beliau meninggal pada tahun 1965.
-Kitab Penawar bagi Hati ini merupakan kitab yang mengandungi cara-cara pembersihan hati kerana penyakit hati merupakan penyakit yang susah untuk dibaiki dan terdapat banyak didalam masyarakat hari ini.
-Allah mengetahui apa yang berada didalam hati kita dan bagaimana kita menggunakan nikmat yang Allah kurniakan kepada kita samada ke jalan yang benar atau tidak.
-Bila kita mengetahui tentang pertanyaan yang akan kita jawab bila berhadapan dengan Allah nanti maka wajib bagi kita menyediakan jawapannya.
-Kata Ulamak ‘’Kita kena membuat persiapan bagi setiap soalan yang akan Allah tanya kepada kita dengan menyediakan jawapan dan pastikan jawapan yang diberi itu tepat’’
-Nabi bersabda dari hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah ‘’Bahawasanya Allah taala tidak menilik ia kepada rupa kamu tetapi ia menilik kepada hati kamu’’(hadis riwayat Muslim)
-Rasul & para sahabat telah bersihkan hati dari keji & hiaskan hati dengan sifat-sifat terpuji.
-Kitab kecil ini merupakan permulaan kepada ilmu tasawuf.
-Tasawuf /akhlak/adab/tazkiyatul nassi merupakan pengetahuan tentang membaiki hati dari sifat-sifat tercela dan sifat-sifat mazmumah.
-Cara membersihkan jiwa berdasarkan apa yang nabi ajar.
-Sheikh Zakaria Ansari “Ilmu tasawuf itu yang membincangkan tentang keadaan pembersihan jiwa,memurnikan akhlak,mendirikan akhlak-akhlak mulia secara zahir dan batin untuk mencapai kemuliaan abadi’’
-Abd Rahman Ibn Khaldun ‘’Orang-orang yang menuju kepada ibadat dan putus dia dengan hubungan dan pergi menuju kepada akhirat sahaja serta lari dari perhiasan dunia’’
-Tasawuf merupakan perkataan yang diambil dari perkataan “suff” iaitu maknanya ialah bulu-bulu kasar yang dibuat baju oleh ahli-ahli tasawuf.
-Pada kurun ke-2 dan selepasnya orang ramai banyak yang gilakan dunia dan mengurangkan akhirat.
-Orang-orang yang sukakan ibadat telah duduk beribadat dan menamakan diri mereka sebagai as-suffiah.
-Tasawuf merupakan gelaran kepada orang yang belajar ilmu untuk membersihkan hati dan hiasi hati dengan akhlak yang mulia.
-Buku ini ditulis pada tahun 1378 H.
-Sekian dahulu dari saya,insyaallah jika diizinkan Yang Maha Esa,saya akan menyambung lagi tulisan saya ini.yang baik itu dating dari Yang Maha Esa yang buruk itu dating dari kelemahan saya sebagai makhluk yang hina.Assalamualaikum wbt.

Comments
  1. entry ni sgt bgus untk dibaca oleh semua.. teruskan usaha dalam penulisan seperti ini..
    🙂

  2. ya allah.. suka sgt bca entry2 yg dikeluarkan oleh En Asri.. entry yg sgt brmakna.. sy sgt meminati penulisan En Asri dri prtama hinggalah ke entry kali ni.. sy bangga dng penulisan En Asri.. terus kan usaha dlm melahirkan penulisan2 seperti ini!!! 🙂 barakallah

  3. syah says:

    salamun alaik,
    ana mencari silsilah Sheikh Abdul Qadir bin Abdul Mutallib bin Hassanne Al Indonesia Al Mandili.
    ana baru dapat dan melihat sendiri silsilah yang ada kene mengena berdasarkan maklumat yang diperolehi dpd datuk saudara yang berasal dpd indonesia.masih membuat kajian dan perlu bantuan maklumat dpd mana2 pihak yang sudi bagi mengemaskinikan maklumat yang terkini.

    • kitab-kitab berkenaan beliau byk disimpan di pondok2 sekitar kedah kerana beliau pernah belajar di kedah di pondok chu him di kedah..mungkin saudara boleh ke sana bg mencari maklumat berkaitan beliau..mungkin saudara boleh mendapatkan maklumat berkaitan beliau di sana..assalamualaikum

Leave a reply to nurafzanpunyablog Cancel reply