PENAWAR BAGI HATI(SIRI 2)

Posted: January 30, 2012 in Insights

TUAN GURU USTAZ DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
KITAB PENAWAR BAGI HATI (SIRI 2)
PONDOK SUNGAI DURIAN
-Setiap penyakit yang ada di muka bumi ini ada penyembuhnya kerana Allah Ta’ala mengirimkan penyakit beserta ubatnya.
-Kadang-kadang penyakit yang kita hidapi tidak sembuh kerana ubat yang kita ambil tidak kena dengan penyakit kita.Contohnya penyakit diabetes tetapi ubat dan cara pengubatannya yang salah menyebabkan penyakit itu tidak dapat diubati. Begitu juga dengan penyakit hati, ubatnya ialah dengan belajar ilmu akhlak,tazkiyatul nafsi,ilmu adab dan ilmu tasawuf. Penyakit ini susah disembuhkan kerana ia penyakit dalaman yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar kita.
-Kata pengarang kitab ini ‘’Ketahuilah bagimu illmu tasawuf ini(takrif ilmu tasawuf ) tiada pada zaman Nabi SAW. Ilmu ini dikenali dengan nama Ilmu Akhlak,Ilmu Adab dan Ilmu Tazkiyatul Nafsi pada zaman Nabi SAW.
-Menurut Ibnu Khaldun dalam kitab Al Mukaddimah Fasal (17) ‘’Istilah tasawuf merupakan istilah yang datang kemudian(tiada pada zaman Nabi SAW)
-Ulamak-ulamak berkata tiada masalah untuk menggunakan istilah-istilah lain bagi merujuk ilmu tasawuf sama ada dengan menggunakan istilah ilmu akhlak,ilmu adab,ilmu suluk dan tazkiyatul nafsi tetapi istilah ilmu akhlak itu lagi sempurna kerana Nabi SAW berkata ‘’Aku ini diutuskan untuk menyempurnakan akhlak(budi pekerti) manusia’’
-Ilmu akhlak itu merupakan ilmu atau pengetahuan dimana kita hendak mengetahui kelakuan hati kita ke arah mana sama ada kelakuan yang dipuji seperti sabar atau kelakuan yang dikeji seperti dengki dan membesar diri.
-Perangai-perangai yang terpuji yang ada di dalam diri kita perlu kita kekalkan dan yang buruk kita tinggal dan buang.
-Dalam mempelajari sesuatu ilmu kita perlu mengikut Al Mabadi’(Prinsip-prinsip belajar sesuatu ilmu)
Al Mabadi’
1-Kita perlu mengetahui ilmu apa yang kita hendak belajar(takrif).
-Cth-ilmu tasawuf
2-Apakah faedah belajar ilmu tersebut?
-Cth-faedah belajar tasawuf: dapat kosongkan hati kita dari ikut benda selain Allah SWT dan hiasinya dengan sifat-sifat terpuji. Takhliyyah-buangkan sifat-sifat tercela dan tahliyyah-hiasinya(hati) dengan sifat-sifat terpuji.
3-Maudhu’(hantaran) tajuk apa yang akan dibincangkan dalam ilmu tasawuf ini
Cth- tajuk yang akan dibincangkan ialah hati
4-Hukum belajar ilmu ini?
-Fardhu Ain bagi mukallaf(akil & baligh)
-Ibadah kita akan rosak jika tidak belajar ilmu ini kerana kita tidak dapat menjaga hati dari rasa riak.
5-Masdar(sumber ilmu ini)
-Sumber ilmu ini ialah dari Al-Quran & Hadis(Hadis sahih & Hasan)
6-Nama ilmu ini?
-Ilmu ini ialah ilmu akhlak,istilah mutaakhirin atau kontemporari ialah tasawuf.
-Bincang mengenai hati, tujuan dekatkan diri kepada Allah azzawajala.
Kepentingan mengetahui Al Mabadi’(Prinsip dalam menuntut ilmu)
-Supaya kita tidak tersesat dengan ilmu yang kita hendak belajar kerana kita akan dapat mengetahui sumber tentang dari mana ilmu itu diambil samaada dari Al Quran atau pun tidak.
-Faedah yang bakal kita dapat dari ilmu yang kita pelajari.
-Tidak berdosa keran kita mengetahui tentang ilmu itu wajib kita pelajari.
Ilmu Tasawuf
-Merupakan ilmu bagi membersihkan anggota zahir dari perbuatan terkeji.
-Ada sesetengah orang yang mendakwa bahawa jika mereka mencapai darjat yang tinggi(berjumpa Nabi Khidir) maka mereka tidak boleh berserban, berjubah tetapi Imam Shafie pernah berkata ‘’Kalau kamu tengok orang yang terbang di atas langit, berjalan di atas air, maka janganlah kamu tengok perbuatan-perbuatan mereka itu tetapi tengoklah bagaimana mereka itu dengan syariat Allah’’
-Anggota zahir manusia ada 7 kesemuanya iaitu:
1-mata
2-telinga
3-lidah
4-perut
5-kemaluan
6-dua tangan
7-dua kaki
-Dalam kitab ini akan dibincangkan mengenai bagaimana ingin memelihara ketujuh-tujuh anggota ini supaya taat kepada Allah SWT.
-Sheikh Abdul Qadir akan membahaskan tiap-tiap anggota zahir ini di dalam fasal-fasal yang seterusnya.
-Allah SWT member kita suatu nikmat yang besar kepada kita(7 anggota zahir).
-Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita perlu kita jaga dan peliharanya dengan mensyukurinya.
-Kalau kita tidak mensyukurinya maka kita dikira tidak beradab dengan Allah SWT.
-Jika kita tidak memelihara anggota ini(dengan melakukan perbuatan terkeji), maka mereka akan menjadi saksi di hadapan Allah SWT.
-Di hari akhirat kelak, Allah ta’ala akan menutup mulut kita dari bercakap dan anggota-anggota lain yang akan bercakapa mengenai segala perbuatan terkeji yang kita pernah buat di atas muka bumi ini.
-Firman Allah SWT ‘’Dan tiada ada kamu dahulu dalam dunia bersembunyi pada ketika melakukan kejahatan daripada menyaksikan atas kamu oleh segala telinga kamu, dan segala mata kamu dan segala kulit kamu’’-Surah Fusilat, Ayat 22.
-Atas dunia ini kita boleh menyembunyikan dosa dan melakukan dosa dalam keadaan bersembunyi.
Tapi bila mati nanti kita tidak akan mampu menyembunyikan dosa kita kerana anggota kita akan bercakap.
-Ada benda keji yang susah kita tinggalkan kerana kita tidak bermujahadah(melawan nafsu).
Formula untuk tangani masalah ini?
Tinggalkan segala kejahatan yang kita buat supaya anggota kita tidak berbicara mengenai perbuatan keji kita.
Sekian sahaja untuk kali ini.Kalau ada kesilapan yang saya buat semasa menulis blog ini boleh e-mail saya di alamat berikut: asriayob@gmail.com.-)

Advertisements
Comments
  1. salam Sir Asri,,cik nur nk tnya ni, ilmu tazkiyatul nafsi ni mcm mna?sgt bgus penulisan Sir Asri..sy suka.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s