PENAWAR BAGI HATI(SIRI 7)

Posted: February 22, 2012 in Insights

KITAB PENAWAR BAGI HATI(SIRI 7)
PENCERAMAH : DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
TEMPAT : SURAU AR RAHMAN, PONDOK SG DURIAN

FASAL KE 5 & 6(FARAJ & 2 TANGAN DAN 2 KAKI)

Pada entry kali ini,saya terpaksa menggabungkan 2 fasal dalam satu artikel kerana fasal ke-6 tidak banyak yang dapat dibincangkan dan amat ringkas sekali namun informatif.

Seperti biasa pengarang kitab ini akan memulakan kitab ini dengan membincangkan isi kandungannya dengan mengaitkan nikmat 7 anggota ini dengan faedahnya di dunia dan di akhirat.

Faedah faraj(kemaluan) untuk kegunaan akhirat

Faedahnya ialah untuk mendapatkan zuriat.Hal ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW ‘’Berkahwin oleh kamu supaya kamu mendapat anak,maka bahawasanya aku bermegah-megah dengan kamu akan sekalian umat pada hari akhirat’’ Sunan Ibnu Majah(Hadis Hasan)

Maksud hadis di atas ialah Nabi SAW akan berbangga jika melihat umatnya yang ramai di akhirat kelak.
½ dari penduduk syurga datang dari umat Muhammad SAW.
Kita sebagai umat Rasulullah perlu mempunyai anak yang ramai kerana Nabi SAW akan berbangga dengan umatnya kerana pada zaman moden ini kebanyakan manusia memilih untuk tidak mempunyai anak yang ramai.
Kita juga tidak boleh membenci kahwin iaitu sunah Nabi SAW.Kalau kita tidak berkahwin atas alasan sibuk bekerja dan tiada jodoh ia masih boleh dimaafkan dengan syarat kita tidak membenci sunnah Nabi SAW.

Nabi SAW pernah berkata “Berkahwin dengan perempuan yang hodoh tapi dikurniakan anak yang ramai lagi afdhal berbanding kahwin dengan perempuan yang cantik namun anak sedikit’’

Bagi para lelaki diluar sana,pilih perempuan yang sanggup melahirkan anak yang ramai.Bila kita mempunyai anak yang ramai maka ramailah orang Islam,jika bilangan kita ramai maka ramailah orang yang akan melaksanakan sunnah Nabi SAW,maka darjat Rasullullah akan meningkat.
Ada sesetengah agama yang mengharamkan perkahwinan dikalangan paderi tetapi akhirnya kita dapat melihat kes-kes zina dan liwat yang terjadi di antara paderi sesama sendiri kerana Allah taala mengurniakan nafsu kepada kita dan ia perlu disalurkan dengan cara yang betul iaitu pernikahan.

TUJUAN ANAK KEPADA KITA???
Nabi bersabda “Apabila mati seorang manusia,nescaya putuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu wakaf yang berterusan,ilmu yang diambil manfaat darinya dan anak yang beriman yang mendoakan kita’’
Wakaf yang berterusan ialah kita sedekah sesuatu benda dan benda itu digunakan secara berterusan.Sebagai contohnya-wakaf sebidang tanah sebagai surau,masjid atau pusat tahfiz,wakaf Al-Quran di surau dan Al-Quran tersebut dibaca berterusan.
Ilmu yang bermanfaat yang kita ajarkan kepada orang akan memberikan kita pahala jika diamalkan oleh mereka.Sebagai contohnya-seorang ayah mengajar anaknya tajwid dan solat,maka bila anak-anak dia solat,dia akan dapat pahala yang berterusan bila anak-anak melakukan kebaikan.Jadi jika anak ramai maka lagi banyaklah pahala yang ibu bapa dapat.Banyaklah lagi contoh yang boleh saya berikan tapi cukup setakat ini sahaja kerana saya hendak para pembaca berfikir apakah lagi ilmu yang boleh kita ajarkan kepada orang lain dan mereka amalkan.Jika kita mengajar orang lain berjudi,maka kita akan mendapat saham kita juga nanti.

Al Imam Ibnu Hajar Asqalani(Pengarang Kitab Fathul Bari) berkata “Kalau amalan baik yang anak kerjakan,ibu bapa akan mendapat pahala,kalau amal perbuatan jahat maka ayah tidak berdosa kecuali ayah yang ajarkan’’
Cth-anak melihat ayah tidak solat,maka anak pun tidak solat,maka berdosalah ayah itu sampai di dalam kubur.

Nabi SAW pernah bercerita tentang seorang yang masuk syurga dan darjat beliau tinngi di dalam syurga,maka beliau berasa hairan dengan keadaan itu.Beliau menanyakan hal itu kepada malaikat,maka malaikat itu berkata “darjatmu tinggi kerana anakmu selalu berdoa memohon keampunan kepadamu’’

Berkahwinlah wahai saudara-saudaraku sekalian kerana banyak manfaat yang kita akan peroleh.Berkahwinlah kerana Allah jika ada orang lelaki yang baik agamanya dan akhlaknya datang meminangmu kerana rugi dan tidak baik menolak pinangan orang yang soleh.

Faedah faraj(kemaluan) untuk kegunaan dunia

Bersedap-sedap dengan jimak dan mendapat anak
Anak-anak itu merupakan perhiasan dunia kerana Firman Allah SWT “Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia dan amal kebajikan yang terus menerus kekal (manfaatnya) lebih baik disisi Tuhanmu (sebagai pahala) dan harapan terbaik” Surah Al Kahfi ayat 46

Dan Firman Allah SWT lagi “ Dihiasi bagi manusia kecintaan terhadap syahwat dari para wanita dan anak-anak dan harta benda yang berlimpah dari emas dan perak dan kuda yang bagus lagi terlatih dan binatang-binatang dan ladang itu adalah kesenangan kehidupan dunia dan Allah disisi-Nya sebaik-baik tempat kembali(syurga)” Surah Ali Imran ayat 14

Cara-cara hendak bersyukur dengan nikmat faraj(kemaluan)

Pelihara diri dari yang diharamkan iaitu: zina,liwat,onani kecuali dari tangan yang dihalalkan iaitu isteri dan hamba,dan dari kahwin yang syubhah(tanpa wali).
Tiada hadis yang mengatakan bahawa kahwin tidak memerlukan wali kecuali wali enggan menikahkan anaknya.Sebagai contoh-Aminah berkenan kepada Ahmad iaitu seorang pemuda yang alim dan baik akhlaknya tapi dia orang susah namun ayah Aminah(si wali) tidak mahu kerana si wali berkenan kepada Farid iaitu orang kaya yang tidak beragama.Jadi Aminah membawa kes berkenaan kepada Hakim Mahkamah Syariah,lalu Hakim tersebut melucutkan kelayakan ayah Aminah sebagai wali.Jadi kita boleh ketepikan wali bila kes dibawa ke Mahkamah Syariah.Ada sesetengah orang berkata boleh berkahwin tanpa wali jika jarak perkahwinan itu melebihi 2 marhalah,ya,benar ada mazhab yang mengatakan begitu tapi adakah terdapat sebab-sebab yang kukuh untuk menidakkan dan menggugurkan wali?Nabi berkata dalam hadisnya perlu nikah dengan adanya wali.Maka sesiapa yang menikah tanpa wali tanpa sebab yang munasabah dikira perkara mungkar dan mungkin berzina seumur hidup dan mendapat anak yang tidak sah taraf.Hati-hatilah wahai perempuan mahupun lelaki yang berkahwin di Thailand tanpa wali dan dimana-mana pun,cinta tidak menghalalkan cara.

Kalau hendak menjaga faraj kita perlu menjaga mata dan hati terlebih dahulu.Hati kita perlu pelihara dari memikirkan perkara yang tidak elok.Jangan banyak makan dan makan benda yang syubhah kerana ia akan menyebabkan nafsu tinggi.Susah menjaga mata kerana didalam rumah ada rancangan yang menunjukkan aurat wanita.
Zina merupakan dosa besar selepas kufur dan bunuh orang.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al Isra’ ayat 32 iaitu “Dan janganlah kamu mendekati zina,zina itu sesungguhnya suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk’’

Abdullah Ibnu Mas’ud pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang dosa yang sangat besar disisi Allah, maka Nabi SAW berkata Engkau sekutukan Allah,gugurkan anak kerana takut tidak cukup makan dan Engkau zina dengan jiranmu.
Sekutukan Allah SWT bermaksud mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu,gugurkan anak kerana takut anak tidak cukup makan ialah amalan Arab Jahiliyyah dulu,Islam melarang kita kerana setiap anak yang lahir itu sudah tertulis bahagian rezeki mereka, dan zina dengan jiran lebih keji kerana sebagai jiran kita berhak melindungi hak mereka bukannya berzina dengan mereka.

Fasal ke-6(2 tangan dan 2 kaki)

Kegunaan untuk akhirat

Berjalan ke masjid,berjalan ke kuliah agama,berjihad,ziarah orang sakit,menghubungkan silaturrahim manakala tangan pula kita perlu gunakan untuk menghilangkan maksiat(buang poster yang tidak baik),tulis ilmu,berjabat tangan(gugur dosa bila berjabat tangan).

Kegunaan untuk dunia

Berusaha cari rezeki,lari dari binatang yang buas.

Cara bersyukur dengan nikmat

Elak membuat maksiat,tunaikan amanah,jangan tulis benda yang haram(fb,blog,internet yang menfitnah orang),tulis ilmu yang haram(sihir),dan jalan ke tempat yang haram kecuali darurat.
Kalau kita bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan maka Allah akan tambah nikmat yang kita ada.-).
Sekian daripada saya untuk kali ini.Assalamualaikum.-)

Advertisements
Comments
  1. saya pun nk anak ramai jgak..bg saya, anak adalah rezeki dan amanah allah pda kita.. lg ramai lg bgus sbb lg ramai yg akan doakan kita dan yg paling penting, lg rmy muslimat dan muslimin dimuka bumi allah ni.. pada muslimin semua,,didiklah muslimat kearah syurga allah.. sbgai ikhwan dan akhowat,,wajib kita mendahului allah dlm setiap pkara yg kita buat.. membaca blog En Asri Ayob ni membuat saya bermuhasabah diri.. tima kaseh pda En Asri Ayob sbb mampu menulis blog yg buat air mata saya menitis keinsafan.. terus kan perjuangan dakwah ini.. barakallah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s