PENAWAR BAGI HATI(SIRI 6)

Posted: February 8, 2012 in Insights

KITAB PENAWAR BAGI HATI(SIRI 6)
PENCERAMAH : DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
TEMPAT : SURAU AR RAHMAN, PONDOK SG DURIAN.
Fasal ke 4(Perut)
Perut merupakan tempat yang perlu kita isi dengan makanan yang halal bagi memberi kita tenaga untuk beribadah dan melaksanakan suruhanNya.
Faedah perut untuk akhirat
-Perut itu umpama sebuah mesin yang memproses makanan yang kita makan dan ia bertindak memecahkan bahagian makanan itu kepada zat,protein,karbohidrat ke seluruh anggota tubuh badan manusia.
-Ada yang menjadi darah dan air mani sebagai penyambung zuriat keturunan manusia sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini.
-Perut yang sudah di isi sudah tentulah memberi kita tenaga bagi membolehkan kita beribadah kepada Allah SWT.

Faedah perut untuk dunia
-Perut sebagai medium kepada manusia untuk merasa kesedapan makanan,minuman dan jimak.

Kita perlu bersyukur kepada Allah SWT dengan nikmat perut yang dikurniakan kepada kita dengan cara berikut :
1)Hindari dari memakan yang haram dan syubhah(samar-samar,tidak diketahui halal & tidak diyakini haram)
-Cabaran kepada umat Islam pada masa kini ialah dalam bab makanan kerana susah untuk mengenal pasti makanan yang haram.
-Jadi sebagai umat Islam kita perlu berusaha bagi menyediakan makanan halal,perkakas atau alat pembuatan makanan yang halal kerana ia merupakan fardhu kifayah bagi kita.
2)Jangan makan sehingga terlampau kenyang

Sebab perlunya kita menjaga perut dari benda haram ialah bagi mengelak :
1)Siksa neraka
Firman Allah Taala ‘’Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan aniaya,hanya mereka memakan api masuk perutnya dan mereka akan dimasukkan ke dalam neraka’’ Surah An Nisa’ ayat 10
-Orang yang menjaga anak yatim perlu berhati-hati dalam menguruskan harta mereka kerana ditakuti termakan harta anak yatim.
Nabi bersabda ‘’Tiap-tiap daging yang tumbuh dari makanan yang haram maka nerakalah yang jadi keutamaannya’’
2)Tidak diberi petunjuk akan ibadat(tidak merasa manis ibadat)
3)Tidak dapat membuat kebajikan & kalau berbuat kebajikan tidak diterima Allah SWT.
Nabi bersabda ‘’Yang halal itu jelas, yang haram itu jelas, di antara yang halal dan haram itu ada benda-benda yang kesamaran dan ramai di kalangan manusia yang tidak tahu akan halal atau haram,maka barang siapa yang memelihara dirinya dari syubhah,maka sesungguhnya telah bersih ia akan agamanya dan dirinya’’
-Ramai orang tahu halal dan haram terutamanya bab makanan tetapi ramai yang tidak tahu halah dan haram di sudut yang lain iaitu sistem perbankan konvensional yang melibatkan riba.
-Setiap pelaburan yang mendatangkan hasil yang tetap bagi setiap tahun atau bulan maka hukumnya haram.
‘’Berapa ramai dari orang yang solat malam tiada bagi solatnya kecuali berjaga dan berapa banyak baginya orang yang berpuasa,maka tiada baginya berpuasa melainkan lapar dan dahaga sahaja’’ Imam Ahmad(Al Musnad) Sanad Sahih
Ibnu Abbas “Tiada menerima Allah Taala solat seseorang yang dalam perutnya benda haram’’

Kesan-kesan perut yang terlampau kenyang terhadap manusia :
1)Keras hati
2)Semangat anggota untuk lakukan kerja sia-sia
3)Binasa kecerdikan(susah faham ilmu)
4)Sedikit ibadat(badan jadi berat)
5)Tiada sedap beribadat
6)Ditakuti banyak makan akan menyebabkan kita termakan yang haram & syubhah
7)Kena cari duit yang banyak untuk puaskan nafsu perut,ditakuti banyak penyakit
8)Rasa sakit hendak mati terletak di perut
9)Kurang pahala akhirat(tidak sempat hendak zikir)
10)Lagi banyak hisab(ditanya oleh Allah sumber makanan kita)
-Semua kesan-kesan ini diambil dari Kitab Minhajul Abidin karangan Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad(Imam Al Ghazali)
Nabi bersabda “Bermula orang yang sempurna iman,orang mukmin itu memakan ia pada satu perut dan orang yang kafir memakan ia pada tujuh perut’’
-Hadis diatas sebagai peringatan kepada kita semua dan sebagai penutup kepada post saya pada kali ini.-)
Sekian,terima kasih
Assalamualaikum……

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s