PENAWAR BAGI HATI(SIRI 5)

Posted: February 5, 2012 in Insights

KITAB PENAWAR BAGI HATI(SIRI 5)
PENCERAMAH : DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
TEMPAT : SURAU AR RAHMAN, PONDOK SG DURIAN.
Fasal 3(Lidah)
-Bahaya & kebaikan lidah terhadap kehidupan manusia amat banyak kerana hidup manusia boleh bahagia dan sengsara akibat perbuatan lidah.
Tujuan Allah SWT menjadikan lidah(kegunaan akhirat)
1)Membaca Al-Quran &Hadis
2)Zikir
3)Amar Makhruf, Nahi Mungkar
4)Damaikan Manusia
5)Menunaikan Hajat
-Dunia sekarang huru hara kerana suruhan untuk melakukan kebaikan itu banyak tapi dalam masa yang sama maksiat tidak dicegah malah dipromosikan oleh umat islam sendiri(konsert & rancangan televisyen yang dipenuhi unsur-unsur hedonism).
Tujuan Allah SWT menjadikan lidah(kegunaan dunia)
-Mencari harta dengan segala akad(dengan lidah)
-Dunia sekarang hanya menggunakan MoU sebagai menggantikan akad dalam sebarang perjanjian atau aktiviti jual beli.
Cth-akad jual beli, akad sewa dan akad di perbankan islam.
Tanda bersyukur dengan nikmat lidah
-Memelihara lidah dari berdusta,mengumpat,menyalahi janji,suka berbantah-bantah, dan adu domba.
1)DUSTA
-Dusta terbahagi kepada 3 iaitu :
1-Dusta yang menyakiti hati orang(dosa besar)
2-Dusta yang tidak menyakiti hati orang tapi cakap merapu(dosa kecil)
3-Dusta kerana hajat(tidak berdosa)
Cth-berdusta demi mendamaikan dua orang yang bergaduh
Dari Ummu Khulthum binti Abu Ukhbah bin Abi Muiz(wanita yang awal berhijrah) berkata Nabi SAW bersabda ‘’Bukanlah dusta itu ertinya tiada mereka mendamaikan antara manusia itu berdusta’’ Imam Bukhari & Muslim
Huraian hadis
-Untuk mendamaikan orang yang berkelahi maka boleh kita berdusta
-Wajib berdusta bagi menyelamatkan nyawa orang baik dari di bunuh oleh orang yang zalim.

2)UMPAT
-Apa itu mengumpat?
-Mengumpat ialah perkataan buruk yang bila didengar oleh tuannya itu maka dia akan berasa marah walaupun apa yang dikatakan terhadap dia itu betul.
-Jika perkataan itu tidak betul maka ia akan menjadi tuduhan palsu atau fitnah.
-Mengumpat ialah haram dengan ijmak ulamak(sepakat ulamak).
-Mengumpat itu dosa besar
-Seksa dan azab dijanjikan kepada pengumpat di dalam Al Quran & Hadis
‘’Hai orang-orang yang beriman,jauhilah kebanyakan sangka-sangka(dugaan terhadap sesama Muslim),kerana sebahagian sangka-sangka itu ialah dosa, dan janganlah kamu mencari aib orang dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain.Sukakah salah seorang dari kamu, bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati(bangkai)?Maka tentu kamu benci memakannya.Takutlah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Penyayang’’ Al Hujurat(ayat 12)
-Aib itu ialah cacat cela manusia
Dari Jabir & Abu Said berkata keduanya Nabi SAW bersabda ‘’Jauhilah oleh kamu akan dirimu dari mengumpat kerana mengumpat itu lebih dahsyat dari zina’’ Hadis Al Baihaqi,Tabrani,Abu Sheikh,Ibnu Abi Ad Dunya.
-Kenapa dahsyat mengumpat itu dari zina?
-Zina dosanya akan di ampunkan tapi mengumpat dosanya tidak akan diampunkan kecuali orang yang diumpat itu maafkan kesalahan kita.
-Hadis di atas lemah dari segi sanad(hadis dhaif)

3)MENYALAHI JANJI(TANDA-TANDA MUNAFIK)
-Janji perlu ditepati
Dari Abi Hurairah ‘’Tanda munafik itu ada 3 iaitu apabila cakap ia berdusta, apabila berjanji kebaikan maka ia mungkir dan bila dipercayai ia maka ia khianat(tidak amanah)’’ Hadis Bukhari & Muslim

4)SUKA BERBANTAH-BANTAH & BERCAKAP KOSONG(SIA-SIA)
Dari Abi Hurairah ‘’Setengah dari keelokkan Islam itu ialah meninggalkan ia akan barang yang tiada memberi faedah akan dia pada dunia & akhirat’’
-Kita mesti meninggalkan kata-kata yang sia-sia.
5)ADU DOMBA
-Adu ialah memindahkan perkataan dari manusia kepada manusia yang lain bagi tujuan untuk membinasakan mereka.
Nabi bersabda dari Khuzaifah Yaman ‘’Tiada masuk ke dalam syurga orang yang mengadu-adu(melagakan orang)’’ Imam Bukhari & Muslim
-Lidah sebesar-besar anggota yang boleh membawa sebesar-besar kejahatan.

FORMULA UNTUK MELINDUNGI LIDAH DARI KEJAHATAN
-Duduk jauh dari orang
-Diam
-Kalau ada benda baru cakap
Cth-belajar,mengajar,beri nasihat,amar makhruf nahi mungkar
Muaz Bin Jabal berkata kepada Nabi SAW ‘’Wahai Nabi pesanlah kepada aku’’ maka Nabi berkata ‘’Wahai Muaz tahanlah lidah kamu dari berkata-berkata yang dilarang(sambil Nabi menunjukkan lidah)’’
-Abu Bakar memegang lidah dan berkata ‘’inilah yang membawa kepada aku kebinasaan’’
-Umar melihat Abu Bakar memegang lidah dan bertanya kenapa engkau memegang lidah ya khalifah?Abu Bakar berkata ‘’inilah yang membawa aku kepada kebinasaan’’ Malik Ibnu Abi Dunya & Al Baihaqi
-Seorang penyair pernah berkata ‘’Luka oleh lembing sembuh dengan cepatnya tapi luka akibat lidah lambat sembuhnya’’
Abu Said Al Khudri berkata ‘’Bahawasanya manusia itu apabila berpagi-pagi bersegera oleh segala anggota semuanya kepada lidah. Imam At Tirmizi
Huraian hadis
-Semua anggota berpesan kepada lidah supaya bercakap perkara yang baik kerana segala anggota akan menurut perintah lidah.
-Jika lidah bengkok maka bengkoklah anggota
-Kalau lidah baik maka baiklah anggota
Malik Bin Dinar(ahli abid yang hebat) berkata ‘’Apabila melihat engkau akan keras pada hati engkau,dan lemah pada badan engkau tertegah rezeki engkau maka ketahuilah olehmu maka engkau berkata-kata pada barang-barang yang tidak member manfaat kepada engkau’’
-Hati keras,susah hendak beribadat kerana banyak cakap benda yang merapu dan sia-sia.
Muaz Bin Jabal bertanya kepada Nabi SAW ‘’Ya Nabi SAW,apakah kita kena ambil kira dengan lidah kita bercakap ini’’? ‘’Hai Muaz!dan tiadalah menyembamkan akan manusia atas muka mereka atau hidung mereka melainkan barang yang berkata-kata mereka itu akan ia’’ Hadis riwayat At Tirmizi
Huraian
-Akibat kata-kata kita akan dicampakkan ke dalam apa neraka
Itu sahaja dari saya untuk post kali ini.Sekian.Assalamualaikum wbt.-)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s