PENAWAR BAGI HATI(SIRI 4)

Posted: February 4, 2012 in Insights

KITAB PENAWAR BAGI HATI(SIRI 4)
PENCERAMAH : DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
TEMPAT : SURAU AR RAHMAN, PONDOK SG DURIAN.
Fasal 2(Telinga)
-Seperti yang dibincangkan pada post lepas, mata merupakan punca segala maksiat.
-Pada post kali ini akan dibincangkan mengenai TELINGA.
FAEDAH TELINGA UNTUK DUNIA
-Mendengar bacaan Al Quran & tazkirah.
-Bila dengar kita akan faham.
FAEDAH TELINGA UNTUK AKHIRAT
-Mendengar akan Al-Quran, Hadis & ilmu yang bermanfaat.
-Mustahak belajar ilmu Al Quran & Hadis
-Oleh sebab itu, pendengaran itu lebih afdhal dari penglihatan.
-Penglihatan banyak digunakan untuk tengok dunia berbanding akhirat.
-Ahli falsafah/kalam berpendapat bahawa penglihatan lebih afdhal dari pendengaran kerana dengan penglihatan kita dapat melihat banyak benda di dunia ini.
-Ahli Fuqaha berpendapat bahawa pendengaran lebih afdhal dari penglihatan kerana telinga boleh mendengar dalam gelap dan cerah.
-Ramai orang yang buta menjadi ulamak.
-Bila kita mendengar kita boleh menceritakan balik apa yang kita dengar berbanding orang tuli.
-Orang pekak tidak dapat menceritakan balik(sign language sahaja)
-Mata akan terliur bila tengok benda-benda dunia.
Cth-mata melihat rumah banglo di dunia,maka nafsu teringin.
-Orang buta lagi sempurna dari orang tuli kerana bercakap dengan orang buta lebih senang dari orang tuli.
-Kesimpulannya,pengarang mengatakan bahawa pendengaran itu lebih afdhal dari penglihatan.
Cara mensyukuri nikmat telinga yang Allah SWT kurniakan
-Memelihara telinga dari mendengar yang dilarang.
Cth-fitnah,umpatan,adu domba,hina,perkataan buruk(bidaah)
-Bidaah ialah amalan yang tidak dibuat oleh nabi, cth zikir sambil menari,selawat dengan gendang.
-Dengar suara perempuan ajnabi(yang dilunakkan)
-Dengar alat muzik yang diharamkan(serunai & gendang)
-Jangan tertipu dengan orang yang menghalalkan serunai & gendang kata Sheikh Abdul Qadir.
-Muzik sekarang sudah sampai masuk ke masjid(melalui telefon bimbit)
-Jangan jadikan Al Quran sebagai nada deringan kerana Al Quran diturunkan untuk dibaca bukan dijadikan muzik.
-Cth-Al Quran berdering di dalam tandas akibat kita menjadikan ia sebagai nada deringan.
-Ayat Al Quran yang tidak habis dibaca akibat kita mengangkat telefon bila berdering tentu akan mengubah maksudnya.
-Kedudukan orang yang bertuah di sisi Allah SWT ialah apabila mereka mendengar ayat Al Quran maka naiklah bulu roma mereka.
-Kedudukan orang yang malang ialah orang yang berpaling dari kalam Allah taala, mereka lagi suka mendengar muzik(serunai & gendang)
-Abu Malik Al Asha’ari ‘’Demi Allah, aku tidak berdusta kepada kamu yang aku ceritakan ini apa yang aku dengar dari Nabi SAW, Nabi berkata aka nada dari kalangan umatku yang akan menghalalkan sutera, menghalalkan penzinaan, menghalalkan arak dan alat-alat nyanyian(muzik)’’-Hadis riwayat Imam Bukhari
-Namun Abu Muhammad Ibnu Hazmi(pendapat ahli zohir) mengatakan hadis ini tidak tsabit(tidak kuat).
-Ramai ulamak yang ikut pendapat beliau(Ibnu Hazmi).
-Al Hafiz Ibnu Hajar ‘’Jangan kamu ambil hirau, tengok dan jangan pegang dengan pendapat Ibnu Hazmi yang telah tolak hadis bukhari(hadis di atas).
-Tanda-tanda akhir zaman: bunyi-bunyian muzik dihalalkan
-Orang yang suka dengar bunyi-bunyian muzik akan tumbuh sifat munafik dalam diri kata sahabat.
-Lazimkan memelihara telinga kerana bila kita dengar orang mengumpat bermakna kita setuju dengan apa yang dia cakap.
-Dosa kita sama dengan dosa orang yang mengumpat kerana jika tiada pendengar maka umpatan tidak akan berlaku.
-Cara yang terbaik ialah hindari atau jauhilah perbualan yang ada unsur-unsur umpatan.
-Perkataan yang kita dengar itu umpama makanan, jika baik perkataan itu maka baiklah makanan kita(untuk hati) dan sebaliknya.
-Perkataan yang buruk akan jatuh dalam hati dan berkekalan ia dalam hati seumur hidup.
-Hati-hati sewaktu mendengar kerana orang yang ada akal akan memelihara pendengaran sebab ia akan disoal di hari akhirat kelak.
Firman Allah SWT ‘’Bahawasanya pendengar, penglihat dan hati iaitu akan ditanya padanya di hati akhirat.’’
-Sekian sahaja dari saya untuk kali ini,post kali ini mungkin mengundang sedikit persoalan berkaitan bunyi-bunyian muzik,jadi saya bukanlah pakar dalam ilmu fikah,saya cuma menyampaikan apa yang saya dengar dari ceramah ini,yang baik dijadikan tauladan yang jahat dijadikan sempadan.
-Jika ada kemusyikilan berkenaan hukum alat muzik silalah bertanya kepada yang lagi arif.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s