KITAB PENAWAR BAGI HATI(SIRI 3)

Posted: February 1, 2012 in Insights

KITAB PENAWAR BAGI HATI(SIRI 3)
PENCERAMAH : DR ABDUL BASIT ABDUL RAHMAN
TEMPAT : SURAU AR RAHMAN, PONDOK SG DURIAN.
Fasal 1(Mata)
-Penyakit hati akan menyebabkan segala-galanya rosak binasa kerana penyakit-penyakit lain akan mudah meresap ke dalam diri ini. Penyakit-penyakit itu umpama virus manakala antibodinya ialah iman di hati. Jika kuat antibodinya maka sukarlah virus untuk masuk ke dalam diri.
-Seperti yang para pembaca sedia maklum, kita mempunyai 7 anggota zahir yang perlu kita jaga bagi menyelamatkan hidup kita di dunia dan di akhirat.
-Perbincangan kita pada kali ini ialah berkenaan dengan anggota kita yang pertama iaitu MATA.
-Mata merupakan nikmat yang amat besar yang Allah SWT kurniakan kepada kita.
-Allah SWT mengurniakan mata kepada kita untuk beberapa faedah iaitu faedah dunia & faedah akhirat.
-Jadi, mata perlu berfungsi untuk kegunaan dan faedah dunia & di akhirat.
FAEDAH AKHIRAT
1)Memandang langit, matahari, bulan, bintang serta kejadian yang Allah SWT ciptakan supaya kita dapat jadikan ia sebagai dalil adanya Allah, keEsaanNya, dan kebesaran Allah SWT.
-Setiap ciptaan yang hebat mesti ada Penciptanya.
-Manusia hari ini tidak mengambil pedoman dari apa yang dilihatnya.
2)Melihat Al-Quran(baca)
3)Berjalan ke masjid & tempat menuntut ilmu.
FAEDAH DUNIA
1)Membantu kita dalam segala pekerjaan kita.
-Mata membantu kita supaya kita tidak bertembung dengan orang, jatuh gaung dan sebagainya.
2)Orang buta tiada penglihatan jadi itu kelemahan mereka tapi kita yang celik ini mempunyai kekuatan dari segi penglihatan.
Peranan
1)Kita perlu bersyukur dengan Allah SWT dengan cara memelihara diri dari melihat yang haram: ajnabi(orang asing) selain hamba,isteri dan mahram(keluarga terdekat & haram kita nikahi)
Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT ‘’Katakanlah kepada orang-orang yang beriman(laki-laki) supaya merendahkan pandangan(melihat yang terlarang) dan menjaga kehormatan(jangan berzina).Itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan’’- Surah An Nur(30)
HURAIAN
1)Kita perlu menundukkan pandangan kita kepada bukan yang mahram.
-cth: tgok pelakon dalam tv
2)Jaga kemaluan supaya tidak berzina.
3)Allah SWT tahu perbuatan yang kita kerjakan samaada secara zahir mahupun batin.
PENGAJARAN AYAT 30 AN NUR
-Surah An Nur menceritakan tentang peraturan hidup kita sesama manusia, sesame keluarga dan adab-adab seorang muslim.
-Mengajar kita kelakuan yang baik, peringatan dan amaran kepada kita supaya tidak melakukan perkara yang mungkar.
-Adab sopan: pelihara mata & pelihara kemaluan
-Wajib ikut arahan Allah kalau ingkar berhak diseksa dalam api neraka.
-Kalau kita berjaya memelihara mata & kemaluan kita akan dapat membersihkan hati dari kekotoran.
-Mata yang melihat kemungkaran akan mengotorkan hati kerana tiap-tiap dosa akan menyebabkan titik-titik hitam dalam hati yang akan menghalang cahaya iman dari masuk ke dalam hati.
-Allah tahu akan segala apa yang kita kerjakan dan apa yang ada di dalam hati kita.
‘’Mengetahui akan Allah taala oleh khianat segala mata’’
-Mata juga mencuri dengan cara memandang yang haram.
Sabda Nabi SAW ‘’Bahawasanya memandang kepada elok tubuh perempuan seperti anak panah yang beracun pada sangat segera membinasakannya, maka siapa yang meninggalkannya kerana Allah SWT, Allah taala akan memberikan rasa(dalam hati) kesedapan beribadat & suka akan amal ibadat’’ Al Hakim dari Khuzaifah.
-Melihat kepada kecantikan tubuh badan perempuan(ajnabi) merupakan hal yang haram umpama panah yang akan memusnahkan diri manusia itu.
-Jika kita dipanah kita akan merasa sakit, apatah lagi di panah dengan panah yang berbisa sesungguhnya panah yang berbisa itu akan membinasakan kita.
-Punca malas ibadat ialah kerana tidak menjaga mata.
Cth-tengok artis yang seksi
Dan Sabda Nabi SAW ‘’Ada bagi tiap-tiap manusia itu bahagiannya dari zina, maka dua mata itu berzina dan zina keduanya dengan memandang kepada barang yang haram yang tidak harus dipandang, dan kedua tanganya itu berzina dan zina keduanya menampar(pukul) akan yang dilarang menamparnya, dan kedua kaki dan keduanya berzina berjalan ke tempat yang haram berjalan dan bermula mulut itu berzina ia mencium akan tiada halal dicium dan bermula hati itu berkehendak ia dan membenarkan akan demikian itu oleh faraj(kemaluan)’’. Imam Muslim
-Zina faraj bermula dari mata.
-Bak kata Ahmad Syauqi(penyair)
Mula-mula mata melihat,
Selepas itu mulut tersenyum,
Bagi Salam,
Mulut bercakap,
Beri tarikh(berjumpa),
Selepas berjumpa,berzina.
-Segala-galanya dari mata.
-Tugas mata yang sebenar ialah melihat kepada Esanya Allah, kebesaran Allah dan ciptaannya.
Biarlah kaki kita ini boleh membawa kita bersiar-siar di dalam taman syurga,
Biarlah tangan kita ini boleh memetik buah-buahan di dalam syurga,
Biarlah mata kita ini dapat melihat sebesar-besar nikmat di dalam syurga iaitu Zat Allah SWT,
Kerana itu sebesar-besar nikmat,tugas mata yang terpenting ialah melihat Zat Allah SWT jadi peliharalah ia di dunia ini.
Sekian sahaja dari saya untuk kali ini, kalau ada silap dan salah boleh e-mail saya di alamat berikut: asriayob@gmail.com.-)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s