Konflik

Posted: January 14, 2011 in Insights

MENANGANI KONFLIK
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ke-4, konflik boleh didefinisikan sebagai perselisihan atau pertentangan individu, idea, kepentingan dan lain-lain. Malah, konflik telah bermula semenjak awal zaman ketamadunan manusia iaitu antara kedua-dua putera nabi Adam AS lagi, dimana wujud rasa ketidakpuasan hati yang akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa pembunuhan pertama dalam sejarah manusia. Sebagai khalifah Allah yang di amanahkan bagi memakmurkan muka bumi Allah, kita tidak dapat melarikan diri dari konflik yang berlaku dalam persekitaran kita kerana masalah dan konflik merupakan sesuatu yang wajib kita tempuhi dalam kitaran hidup ini. Hal ini kerana, masalah dan konflik mengajar kita cara-cara untuk berhadapan dengan masalah dan situasi yang menyebabkan kita terpaksa menyelesaikannya walaupun kita membenci sesuatu konflik itu. Allah secara terang-terangan telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah : 216). Petikan dari Surah Al – Baqarah ini menunjukkan bahawa Allah menghujani ujian ke atas hamba-hambaNya kerana terdapat hikmah tertentu kerana Allah tidak akan menimpakan sesuatu ujian yang tidak mampu hamba-hambaNya tanggunng sesuai dengan tahap keimanan masing-masing. Terdapat beberapa jenis konflik yang selalunya masyarakat berhadapan dengan antaranya ialah konflik yang terjadi dalam diri manusia itu sendiri. Sebagai contohnya, seseorang individu berhadapan kesukaran untuk membuat pilihan, misalnya seorang remaja mendapat dua tawaran belajar dalam pada masa yang sama, hal ini menyebabkan beliau berhadapan dengan konflik dalam membuat keputusan. Dalam pada itu , kedua-dua tawaran tersebut amat diminati beliau, jadi disini timbul konflik yang menyebabkan individu terrsebut bingung dan keliru. Situasi ini merupakan konflik pertama yang dihadapi oleh individu iaitu di dalam diri masing-masing. Konflik kedua pula ialah konflik yang dihadapi antara individu dengan individu yang lain, contohnya antara majikan dan pekerja dalam sesebuah organisasi , pekerja –pekerja novis dengan pekerja-pekerja senior dan sebagainya. Konflik yang berlaku mungkin disebabkan majikan terlampau ‘’demand’’ berkaitan dengan produktiviti pekerja-pekerja. Hal ini menyebabkan pekerja-pekerja akan berasa tertekan dalam situasi ini.
Situasi 1
Ahmad merupakan seorang pekerja baru di sebuah organisasi yang berasaskan automotif , dia selalu dimarahi oleh penyelia beliau yang selalu menekan beliau supaya beliau meningkatkan produktiviti kerja beliau. Hal ini menyebabkan beliau berasa tertekan dan disinilah timbulnya konflik antara majikan dan pekerja.
Situasi 2
Ah Chong selalu dibuli oleh pekerja-pekerja senior . Beliau diugut oleh pekerja-pekerja yang berpengalaman jika dia tidak melakukan kerja untuk mereka. Hal ini mendorong beliau berasa tidak selesa di tempat kerja beliau dan berasa tidak selamat dan tertekan.
Situasi-situasi di atas menunjukkan konflik yang dihadapi oleh seorang pekerja baru di antara pekerja berpengalaman dan majikan.
Konflik yang ketiga pula ialah antara individu dengan persekitaran, iaitu bagaimana seseorang individu itu mengadaptasi dengan persekitaran yang baru. Contoh yang paling jelas sekali ialah para pelajar yang mendapat tawaran belajar di tempat yang jauh dari tempat tinggal, mereka akan menghadapi kesukaran untuk bergaul dengan masyarakat dan persekitaran . Konflik juga wujud dimana-mana sahaja tanpa mengira persekitaran, umur, dan jantina.
Terdapat beberapa punca berlakunya konflik di tempat kerja. Salah satunya ialah pekerja-pekerja enggan bertolak ansur dan mengamalkan sikap toleransi serta menghormati antara satu sama lain jika berlaku perselisihan pendapat dalam bidang kerja. Pekerja juga cenderung untuk memendam rasa ketidakpuasan hati atau pun tidak melaporkan kepada majikan sekiranya terdapat salah laku yang diamalkan oleh pekerja-pekerja senior kerana mungkin mereka diugut oleh para pekerja senior. Pekerja-pekerja senior juga cepat berasa tercabar jika terdapat pekerja muda di dalam organisasi yang berpewatakan dinamik, bijak dan berkaliber dari mereka. Hal ini menyebabkan mereka berasa terancam dan gelisah justeru itu timbullah konflik antara rakan sejawatan mahupun sekerja. Kebanyakan pekerja-pekerja baru mempunyai latar belakang akademik yang cemerlang dan lebih tinggi dari pekerja-pekerja senior. Jadi, peluang untuk kenaikan pangkat akan menjadi lebih cerah bagi pekerja-pekerja baru ini. Hal inilah yang menyebabkan konflik berlaku dalam sesebuah organisasi. Setiap masalah yang dihadapi semestinya mempunyai jalan penyelesaian masing-masing, sebagai insan kita mestilah menyelesaikannya mengikut cara yang bersesuaian dengan situasi yang kita hadapi.
Sebagai contohnya, jika kita dimarahi oleh penyelia kita kerana kegagalan kita menepati sasaran penghasilan sesuatu produk janganlah kita cepat melenting dan putus asa sebaliknya banyakkan bersabar sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala bagi orang-orang yang bersabar seperti dalam Surah Ali Imran ayat 15-18. Selain itu,kita haruslah memperbetulkan niat kita dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan supaya Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan yang kita kerjakan seperti yang pernah dilaporkan oleh Saidina Umar Al-Khattab, ‘’Saya pernah mendengar Nabi Muhammad berkata, amalan seseorang itu ditentukan oleh niatnya. Oleh itu, setiap orang mendapatkan apa yang diniatkannya. Itulah sebabnya, orang yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, hijrah itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Tetapi bagi sesiapa yang berhijrah dengan niat hendak mendapatkan keuntungan di dunia ataupun bagi mendapatkan isteri, dia mendapat apa yang diniatkannya semasa dia berhijrah.’’ Oleh itu, niat amat memainkan peranan yang penting dalam melakukan apa-apa pekerjaan di dalam dunia ini.
Dalam pada itu, kita haruslah mengamalkan sikap tolak ansur dan toleransi sesama rakan sekerja mahupun rakan sekuliah bagi mengelakkan terjadinya masalah konflik di tempat kerja mahupun di tempat belajar. Selain itu, kita mestilah sedia mendengar dan menerima pendapat orang lain tanpa mengira pangkat, kedudukan, taraf pendidikan dan tahap sosial masing-masing. Seperti yang pernah dikatakan oleh Saidina Ali Karamallahuwajjah, beliau berkata ‘’Janganlah engkau melihat orang yang mengungkapkan kata-kata, tetapi lihatlah kata-kata yang diungkapkan.’’Hal ini bermaksud, kita ditegah memandang rendah atau menghina orang-orang yang mengungkapkan nasihat,idea atau pandangan walaupun mereka hanyalah orang bawahan atau pekerja baru syarikat atau sesuatu organisasi kerana idea yang dikemukakan mereka mungkin bernas dan boleh diaplikasikan dalam sesebuah organisasi bagi kepentingan syarikat itu juga. Selain itu, kita juga harus belajar memaafkan antara satu sama lain bagi mengelakkan konflik berlarutan untuk jangka masa yang lebih panjang tidak kira di bidang apapun termasuklah politik kerana ia akan membawa kesan yang buruk terhadap masyarakat secara keseluruhannya.
Terdapat beberapa kesan negatif yang akan berlaku berpunca daripada konflik. Sebagai contohnya, apabila dalam sesebuah syarikat terdapat konflik yang berlaku dikalangan pekerja, produktiviti sesebuah organisasi akan turut sama terjejas kerana pekerja tidak bekerjasama sebagai satu pasukan tapi bekerja secara individu, mereka juga berkecenderungan untuk mengamalkan sikap dengki dan tikam belakang terhadap sesame sendiri. Kesannya amat buruk terhadap syarikat. Jika sesebuah syarikat atau organisasi itu berasaskan industri seperti pembuatan wayar elektrik untuk komponen kenderaan , sasaran tidak akan dapat dicapai jika masalah berlaku di antara penyelia dan pekerja bawahan. Selain itu, konflik yang terjadi di antara ahli-ahli politik juga akan membawa perpecahan terhadap masyarakat di mana-mana negara di dunia. Sebagai contohnya, di Thailand apabila bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra digulingkan terjadilah perbalahan di kalangan pengikut beliau dan kerajaan. Hal ini tidak hanya menjejaskan masyarakat, malah menjejaskan keadaan dan kestabilan ekonomi Thailand kerana para pelabur tidak berminat menjalankan pelaburan di Thailand berikutan keadaan yang huru-hara dan kucar-kacir.
Kesimpulannya, konflik perlulah ditangani dengan berhati-hati bak kata pepatah ‘’tarik rambut dalam tepung,rambut tak putus,tepung tak berselerakan.’’ Jadi,sebagai masyarakat yang bertamadun kita haruslah mengamalkan nilai-nilai murni bagi mengelakkan konflik yang berlaku terus berpanjangan. Bagi mengakhiri kalam saya, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun
Didalam taman banyak bunganya,
Bunganya pula bermacam warna,
Berkonflik itu tiada faedahnya,
Cuma merosakkan masyarakat dan negara.
Sekian terima kasih.
MOHD ASRI BIN AYOB
A133623

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s